Sempenan Pelancaran Nilam dan Bulan Membaca Peringkat Sekolah,turut diadakan majlis menanda tangani Mou (Jalinan dan Jaringan) antara Pusat Sumber Al-Zinnirah dan Perpustakaan Desa Rungkup.
PUSAT SUMBER
PUSAT SUMBER SK RUNGKUP 36200 SELEKOH PERAK DARUL RIDZUAN
Saturday, 23 April 2022
Tuesday, 7 December 2021
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RUNGKUP
Sekolah Kebangsaan Rungkup telah dibina pada tahun 1885 bertempat di sebuah rumah yang telah diberikan oleh En Ghazali untuk sementara waktu. Guru Besar pada masa itu adalah Raja Berima B. Raja Dani dengan murid sejumlah 21orang.
Pada tahun 1898, kerajaan membina sebuah bangunan sementara, didirikan kerajaan satu batu ke arah Simpang Tiga di tanah kerajaan. Murid pada ketika itu berjumlah 34 orang. Guru Besar pada masa itu adalah En. Mat.
Pada tahun 1918, kerajaan mendirikan sebuah bangunan 25 x 50 kaki dan dua buah rumah guru dan padang permainan.
Pada tahun 1946, selepas Perang Dunia Kedua sebuah bangunan tambahan didirikan untuk menampung murid seramai 200 orang. Pada 22.11.1951 didirikan pula sebuah bangunan sementara secara bergotong-royong kerana muridnya yang bertambah ramai.
Pada tahun 1960, jumlah murid meningkat hingga 300 orang, dan persekolahan dua sesi dijalankan (pagi dan petang). Pada tahun 1962 sebuah sekolah cawangan di Sungai Betul (2½ batu dari SK Rungkup, arah Bagan Datoh) didirikan dengan murid seramai 110 orang.
Pada tahun 1968, satu projek tambahan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dengan 5 buah bilik darjah, sebuah setor, bilik guru dan tandas dengan peruntukan RM45,000.00 untuk menaiktaraf bangunan lama. Persekolahan dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang masih dijalankan. Oleh kerana bilangan murid bertambah ramai dari tahun ke tahun, maka pada tahun 1974 sebuah bangunan diluluskan dengan peruntukan RM240,000.00 dengan 8 bilik darjah, pejabat, bilik guru, pejabat guru besar, kantin, tempat basikal, jalan tar, titi, pagar, air dan elektrik.
Bangunan ini mula digunakan pada 5.1.1976. Upacara perasmian telah dijalankan oleh YB Dr. Mahathir b. Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 1976. Pada masa itu, murid berjumlah 539 orang dengan 18 aliran darjah, 25 orang guru, seorang pegawai kerani, seorang pelayan pejabat, 2 orang tukang kebun, seorang tukang sapu dan seorang jaga.
Pada awal tahun 1985, sekolah cawangan Sg. Betul, tidak lagi menjadi Sekolah Cawangan Rungkup, kerana sekolah ini telah diberi tahap bersendirian dengan seorang Guru Besar untuk mentadbir. Dengan ini Sekolah Kebangsaan Rungkup menghadapi kekurangan murid hingga ke hari ini hanya 137 orang murid dalam Gred B.
Pada penghujung tahun 2003, dua buah rumah guru telah dirobohkan. Bangunan lama telah diubahsuai untuk menempatkan Pra-sekolah yang mula beroperasi pada awal tahun 2004.
Pada akhir tahun 2009, bangunan baru telah didirikan untuk menempatkan murid-murid Pendidikan Khas. Bangunan ini terdiri daripada 4 buah bilik darjah, tandas, bilik guru, dapur dan ruang makan.
Thursday, 2 December 2021
Monday, 29 November 2021
Wednesday, 24 November 2021
SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BAHARU
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Norshuhadaa bekas Guru Penyelaras Media SK Rungkup yang telah berpindah ke SK Sungai Sumun atas sumbangan beliau dalam membangunkan Pusat Sumber Sekolah sehingga menjadi pusat sumber yang ceria dan berinformasi.
Friday, 16 July 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)
JALINAN DAN JARINGAN
Sempenan Pelancaran Nilam dan Bulan Membaca Peringkat Sekolah,turut diadakan majlis menanda tangani Mou (Jalinan dan Jaringan) antara Pusat...