PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
Disiplin
- Pelajar diminta senyap apabila memasuki PSS.
- Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
- Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.
- Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
- Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
- Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
- Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
- Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan.
Bahan-bahan Pusat Sumber.
- Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
- Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari PSS.
- Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
Pakaian
- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam PSS.
- Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke PSS.
Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru
- Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber .
- Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
- Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
- Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
- Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.
PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN
KEAHLIAN
- Semua pelajar dan kakitangan SK Rungkup layak menjadi ahli Pusat Sumber Sekolah.
- Semua pengguna yang ingin menjadi ahli perlulah memiliki kad PSS dan mendaftar di PSS.
- Kehilangan atau kerosakan kad hendaklah diberitahu segera. Kad yang baru diganti atau diterima perlu didaftar semula.
- Pelajar hanya dibenarkan meminjam 2 buah buku sahaja dan 4 buah buku bagi guru. Meninjam kad pengguna lain adalah satu kesalahan besar dan tindakan disiplin akan diambil .
PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
- Mengikut jadual waktu penggunaan PSS.
TEMPOH PINJAMAN
- Buku bertanda merah – buku rujukan . Dibenarkan pinjam selama sehari.
- Buku bertanda biru dan kuning- buku bukan fiksyen dan fiksyen. Dibenarkan dipinjam selama 7 hari termasuk hari cuti am.
- Buku bertanda hijau – Dibenarkan dipinjam selama 2 hari.
- Majalah/keratan akhbar/bank soalan – rujukan dalam PSS sahaja dan tidak boleh dibawa keluar .
PERATURAN PINJAMAN
- Smartcard tidak boleh dipindah hak milik.
- Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
- Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
- Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika lewat, tindakan akan diambil.
- Kertas soalan tahun lepas/ bank soalan/ keratan akhbar tidak boleh diconteng. Jika didapati pelajar menconteng atau menghilangkanya, pelajar wajib membayar harga photostat untuk setiap mukasurat.
- Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.
- Pelajar akan didenda sebanyak RM 0.20 sehari ( tidak termasuk hari cuti) jika lewat memulangkan bahan yang dipinjam.
- Kad pelajar akan ditahan sehinggalah denda diselesaikan.